TEL : +(609)-571 7000 / FAX : +(609)-573 2837 | EMEL: jkrpahang[at]pahang.gov.my | Ikuti Kami di   JKR FACEBOOK 

Tema : Warna Asal Warna Merah kuning
msen

Arkib Berita dan Aktiviti

Majlis Sambutan Hari Raya JKR Negeri Pahang Tahun 2017 telah diadakan pada 27 Julai 2017 bertempat di Dewan Bakawali, Kompleks Tun Razak (KOMTUR). 34
JKR Negeri Pahang telah mengadakan Sambutan Hari Integriti 2017, Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016, Anugerah Tokoh Bil.1/2017 dan Meraikan Pesara 2017 pada 20 Julai 2017 bertempat di Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan, Pahang. Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang telah mengetuai bacaan Ikrar Bebas Rasuah dengan disaksikan oleh Pengarah SPRM Negeri Pahang. Majlis tersebut juga turut meraikan seramai 129 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan 65 orang pesara serta 3 orang penerima Anugerah Tokoh JKR Negeri. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima anugerah dan selamat maju jaya kepada semua pesara. 34
JKR Negeri Pahang telah menganjurkan Bengkel Auditor Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) Tahun 2017 pada 13 & 14 Julai 2017 bertempat di Dewan Bakawali, Kompleks Tun Razak (KOMTUR). Bengkel tersebut telah dihadiri oleh Juruaudit Dalaman yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan JKR Negeri Pahang. Tujuan bengkel tersebut diadakan adalah sebagai persediaan Audit Dalaman yang dijangka akan diadakan pada bulan Ogos dan September 2017. 34
JKR Pahang telah menganjurkan Bengkel Pemurnian Aset Alih Kerajaan pada 10 - 12 Julai 2017 bertempat di The Legend Hotel, Cherating, Pahang. Bengkel tersebut telah dihadiri oleh pegawai dan kakitangan JKR Negeri Pahang. Tujuan bengkel tersebut diadakan adalah untuk memperkemas dan memantapkan pengurusan aset alih Kerajaan di JKR Pahang. 34
Acara Coffee Break sempena Hari Raya Aidilfitri 2017 Negeri Pahang telah dirasmikan oleh Pengarah Kerja Raya Pahang pada 22 Jun 2017 yang bertempat di Stesen Minyak Petron, Jalan MEC, Gambang, Pahang. 34
Halaman 1 dari 17


What do CoPs do? - Means to share  work-related knowledge freely