TEL : +(609)-571 7000 / FAX : +(609)-573 2837 | EMEL: jkrpahang[at]pahang.gov.my | Ikuti Kami di   JKR FACEBOOK 

Tema : Warna Asal Warna Merah kuning
msen

Arkib Kenyataan Akhbar

MARAN 29 November - Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang menjadi kebanggaan rak­yat negeri ini kerana kejayaannya melahirkan graduan berkua­liti dan produktif dalam pelbagai disiplin ilmu. Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, kejayaan itu pas­tinya memenuhi keperluan industri dan majikan di negara ini yang memerlukan graduan berkualiti serta berketerampilan. “UiTM Pahang Kampus Jengka dan Raub terbukti menjadi pemangkin kemajuan pembangunan setempat apabila menawarkan peluang pendidikan tinggi dalam pelbagai sektor pekerjaan. “Keazaman UiTM Pahang untuk menjadi sebuah institusi pe­ngajian tinggi (IPT) yang disegani di negara ini perlu disokong supaya dapat mena­ngani persaing­an abad ke-21,” titah baginda ketika merasmikan…
KUANTAN 2 November 2016 - Sebuah lagi jambatan baharu merentasi Sungai Kuantan bagi menghubungkan bandar Kuantan ke Bandar Putra, Tanjung Lumpur, di sini, yang melibatkan kos kira-kira RM181 juta akan dibina. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pembinaan jambatan kedua itu bagi mengurangkan kesesakan trafik yang sering berlaku susulan kebergantungan kepada jambatan sedia ada. Menurutnya, jambatan yang dijadualkan siap sepenuhnya pada 14 Ogos 2019, akan bermula dengan pembinaan jalan dari persimpangan Jalan Pintas Bukit Setongkol dan Jalan Tanah Putih melalui sebahagian Jalan Sri Kemunting 2 seterusnya merentasi Sungai Kuantan dan berakhir di Tanjung Lumpur. Antara skop kerja dilaksanakan…
11 Okt

Rakyat Promosi Pelancongan

Ditulis oleh
KUANTAN 11 Okt - Rakyat perlu memainkan peranan sebagai individu yang berada di barisan hadapan untuk mempromosikan sektor pelancongan di negeri ini selain pihak yang merupakan penggiat di dalam industri berkenaan. Pengerusi Jawatankuasa Pe­lancongan dan Kebudayaan nege­ri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Sham­sudin berkata, setiap individu di negeri ini adalah ‘barisan hadapan’ yang berdepan dengan para pelancong. “Apa yang kita ingin tekankan di sini adalah tanggapan pertama merupakan perkara penting bagi menarik kehadiran pelancong. “Sebab itu, kita memberi fo­kus kepada tiga perkara yang perlu ada pada setiap rakyat di negeri ini iaitu kebersihan, sopan santun dan keselamatan,” katanya dalam sidang akhbar…
KUALA KRAU 9 Okt - Sebuah klinik kesihatan dan balai polis baharu yang dianggarkan bernilai RM50 juta akan dibina di parlimen ini bagi meningkatkan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat setempat.Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, pembinaan klinik kesihatan dan balai polis yang masing-ma­sing bernilai RM30 juta dan RM20 juta itu dijangka bermula awal tahun depan. “Kita sudah mengenal pasti tapak bersebelahan Taman Krau Indah untuk pembinaan kedua-dua bangunan baharu ini. “Pembinaannya dapat memberi manfaat dan ke­mu­dahan kepada penduduk se­tempat,” katanya selepas melawat tapak pembinaan klinik ke­sihatan dan balai polis baharu itu baru-baru ini.Yang hadir sama Ahli Dewan Undangan…
BANDAR BERA 10 Ogos - Mahkamah Rendah Syariah Bera yang kini siap dibina diyakini dapat menampung kes kekeluargaan yang difailkan di daerah ini, termasuk kes tertangguh yang sedang dibicarakan. Ketua Hakim Syarie, Datuk Abdul Rahman Md Yunos berkata, sehingga kini, semua kes itu dikendalikan di bawah Mahkamah Rendah Syariah Temerloh dan berdasarkan rekod, selain Kuantan, Temerloh mencatatkan statistik tertinggi kes kekeluargaan tertangguh. Menurutnya, apabila mahkamah bernilai RM 6.39 juta itu beroperasi kelak, ia akan memudahkan penduduk mendapatkan perkhidmatannya, terutama bagi mereka yang tinggal jauh di pedalaman. “Sebelum ini, mungkin ada yang beranggapan sukar menghadiri perbicaraan di Temerloh kerana faktor jarak…
Halaman 1 dari 12


What do CoPs do? - Means to share  work-related knowledge freely